SABAK BERNAM: Seorang tukang kebun menemui ajal selepas menyangka racun yang diminumnya itu air minuman ketika sedang meracun sawit dekat kawasan kebun di Sungai Air Tawar di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian lelaki tempatan berusia 42 tahun itu, kira-kira pukul 6.47 petang semalam. Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dipercayai terminum racun yang disangka air minuman pada sebelah…