HULU LANGAT: Banjir kilat di sekitar daerah ini yang berulang sejak 2017 didakwa berpunca daripada pembinaan Lebuhraya Ekspres Lingkaran Timur (EKVE). Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Felcra Semungkis, Abu Samah Ibrahim berkata, sejak projek itu dimulakan, kampung mereka dilanda banjir hampir tujuh hingga lapan kali setahun. Menurutnya, penduduk tidak menyalahkan sepenuhnya pembangunan tersebut namun berharap kerajaan dapat mengkaji semula sistem saliran dan kolam tadahan bagi meminimumkan risiko. “Apa gunanya kemudahan baharu…