SHAH ALAM: Dua kanak-kanak lelaki lemas selepas mandi dekat kawasan takungan air di tapak projek tebatan banjir Sungai Klang berhampiran Jalan Cili Merah, Seksyen 4, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sebelum kejadian, kedua-dua kanak-kanak terbabit dikatakan pergi ke kawasan berkenaan untuk mandi. Menurutnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 8.50 malam tadi daripada orang awam yang memaklumkan terdapat kanak-kanak jatuh…