Anggota bomba lemas semasa mahu selamatkan adik

Anggota bomba lemas semasa mahu selamatkan adik

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang yang hilang semasa cuba menyelamatkan yang mandi di Pantai Kandis, di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab, 32, ditemukan pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

“Mayat mangsa ditemukan oleh orang awam pada jarak tiga kilometer dari lokasi dia dikhuatiri hilang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Ridhuan memberitahu, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih dilakukan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, hasrat murni seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang cuba menyelamatkan adiknya yang lemas semasa mandi-manda berakhir tragedi apabila lelaki itu turut hilang di Pantai Kandis, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, anggota bomba terbabit, Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab, 32, disedari hilang ketika cuba menyelamatkan adik lelakinya yang berusia 21 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN