Kilang kitar semula terbakar 95 peratus

Kilang kitar semula terbakar 95 peratus

Kilang terbakar
API marak dalam kejadian kebakaran sebuah kilang kitar semula dekat Jalan Haji Abdul Manan, Taman Perindustrian Meru, Meru di Klang, Selangor, hari ini. - Gambar media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah kilang kitar semula hangus lebih 95 peratus susulan kebakaran premis tersebut dekat Jalan Haji Abdul Manan, Taman Perindustrian Meru, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.14 tengah hari tadi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar.

Menurutnya, sehingga pukul 3 petang, operasi memadam kebakaran masih dijalankan dengan dibantu pasukan dari BBP Klang Utara, Klang Selatan dan Bukit Jelutong.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan 6,000 kaki persegi. Kebakaran sedang marak. Kerja-kerja pemadaman dijjalankan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Kejadian kebakaran itu turut tular dalam media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna yang mendakwa kepulan asap jelas kelihatan dari Pekan Meru, Bukit Kapar dan Setia Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN