Individu rentung dalam pacuan empat roda terbakar

Individu rentung dalam pacuan empat roda terbakar

Rentung
PASUKAN bomba memadam kebakaran sebuah Mitsubishi Triton yang terbakar dekat Jalan Batu Condong 27/44, Seksyen 27, di Shah Alam, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang individu ditemukan dalam keadaan rentung selepas pacuan empat roda dinaikinya hangus dalam kejadian kebakaran dekat Jalan Batu Condong 27/44, Seksyen 27 di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata lelaki itu ditemukan dalam keadaan tersepit selepas kebakaran dipadamkan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.43 pagi sebelum menggerakkan sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dikenal pasti terlibat dalam kemalangan terbakar 100 peratus. Didapati seorang mangsa tersepit dan rentung di dalam kereta selepas api dipadamkan,” katanya kepada pemberita, hari ini. – UTUSAN

Maklumat lanjut menyusul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN