JASIN: Seorang kakitangan Hospital Melaka maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan Jalan Gereja, Kampung Paya Tanjung di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohd. Azlan Ramli, 39, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke Serkam. “Pada masa sama, sebuah kereta Honda HRV yang dipandu seorang lelaki sedang dalam perjalanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya