Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di Pantai Puteri - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas di Pantai Puteri

ANGGOTA bomba dan penyelamat serta orang awam mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dipercayai lemas di Pantai Kundor, Tangga Batu, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kemeriahan hujung minggu di Pantai Puteri di sini bertukar cemas selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai lemas kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Dilaporkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.50 petang bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Difahamkan kanak-kanak dengan nama Ashraf itu keluar bermain bersama tiga rakannya selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

Menurut salah seorang rakan mangsa, mereka telah pergi ke pesisiran pantai berkenaan untuk bermain di atas tembok batu di gigi air.

“Saya sudah pesan dekat Ashraf, jangan main jauh-jauh tetapi tiba-tiba dia terjun dari tembok dan saya nampak mulutnya berbuih-buih sebelum tenggelam.

“Saya panik dan terus menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Setakat pukul 4.40 petang, pihak berkuasa memaklumkan operasi mencari mangsa masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya