Dua lelaki nyaris lemas di parkir bawah tanah hotel - Utusan Malaysia

Dua lelaki nyaris lemas di parkir bawah tanah hotel

PASUKAN bomba melakukan kerja menyelamat dua lelaki yang terperangkap di tempat letak kereta bawah tanah sebuah hotel di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua lelaki nyaris lemas apabila banjir melimpah ke dalam parkir bawah tanah sebuah hotel di Seksyen 13, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian terbabit berlaku apabila dua mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu masing-masing cuba mengalihkan kenderaan mereka daripada ditenggelami air.

“Pihak kami mengetahui berhubung kes itu setelah ditahan oleh beberapa orang awam ketika melalui hotel berkenaan.

“Seramai tujuh orang anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik yang terlibat dalam operasi itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun menurutnya lagi, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dua mangsa terbabit yang merupakan pengunjung hotel itu berjaya menyelamatkan diri.

Bagaimanapun kata Norazam, beberapa anggotanya meneruskan juga operasi menyelamat bagi memastikan mereka benar-benar selamat. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya