Lebih 50% pengundi tunai tanggungjawab setakat pukul 2 petang

Lebih 50% pengundi selesai tunai tanggungjawab setakat pukul 2 petang

SUASANA proses pengundian sempena PRN Negeri Sembilan di Pusat Mengundi SMA Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 sudah mencecah 51.58 peratus setakat pukul 2 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, seramai 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti merekodkan peratus keluar mengundi tertinggi iaitu 57.6 peratus, diikuti Senaling (57.2 peratus) dan Kota (56.2 peratus).

Sementara itu, DUN Lobak merekodkan peratus keluar mengundi terendah iaitu 44.6 peratus, diikuti Lukut (45.4 peratus) dan Mambau (46.1 peratus).

Sebagai perbandingan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-15 pada 2023, peratus keluar mengundi setakat waktu sama ialah 48.82 peratus dengan 409,198 daripada 838,200 pengundi telah keluar mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×