Dakwaan berundur politik kerana merajuk mengarut - Marina Ibrahim - Utusan Malaysia

Dakwaan berundur politik kerana merajuk mengarut – Marina Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim mengakui keputusan berundur daripada politik bukan kerana bimbang dirinya tidak akan memenangi kerusi DUN Tiram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, keputusan yang dibuat itu tidak berkaitan dengan dakwaan dirinya merajuk, kecewa atau hanya ingin kekal di kerusi diyakini mudah dimenanginya.

“”Ini bukan pasal menang tak menang. S. Gopalakrishnan dari PKR pun boleh menang di DUN Tiram pada tahun 2018 walaupun dengan majoriti 1,500 lebih.

“Keputusan saya (berundur) tidak ada kaitan dengan cerita konon merajuk ke, nak duduk tempat selesa ke, mengarut,” katanya dalam kenyataan dikongsikan di Facebook miliknya, hari ini.

Tambah Marina, dia mempunyai pengalaman melakukan gerak kerja di lapangan melibatkan kerusi DUN berpenduduk majoriti Melayu khususnya menjelang PRN Johor pada 2022 yang lalu.

“Saya seorang budak segar, tiada pengalaman dan mentah dalam politik ketika dihantar buat kerja di DUN Layang-Layang. Masa itu saya dijangka akan berdepan dengan Datuk Onn Hafiz Ghazi yang ketika itu merupakan Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor.

“Ketika itu saya bersama seorang kawan perempuan Cina masuk berdua sahaja berjalan di Felda masa kempen, edar risalah dan berjumpa orang kampung.

“Saya seorang perempuan Melayu yang pernah berkempen dan diludah ke muka oleh seorang pakcik,” katanya.

Pada 31 Mei lalu, Marina mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding semula dan berundur sepenuhnya daripada arena politik tanah air selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga dan pasukannya.

Turut tular ketika itu satu surat mendakwa meminta Marina bertanding di kerusi DUN Tiram dalam PRN Johor akan datang dan bukan sebaliknya kekal di kerusi DUN Skudai yang disandangnya.

Surat berkenaan turut mendakwa jawatan pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan diberikan kepada dirinya sekiranya tewas di kerusi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN