Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti 

Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti 

Penjimatan SUKMA
MOHD. NAJWAN HALIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hanya tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam yang disahkan meninggalkan parti secara sukarela.

Ketua cabangnya, Mohd. Najwan Halimi berkata, ketiga-tiga individu yang meninggalkan parti itu dipercayai terpengaruh dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli.

“Pihak jawatankuasa cabang menjalankan siasatan dan semakan daripada senarai nama-nama di dalam kenyataan media yang mendakwa telah keluar dari parti dan mendapati hanya tiga orang AJK yang mengesahkan keluar parti secara sukarela.

“Kami percaya tindakan kelompok ini didalangi oleh salah seorang Ahli Parlimen Keadilan yang kecewa susulan kekalahan beliau dalam pemilihan parti bagi merebut jawatan peringkat pusat dan cabang pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seramai 21 AJK PKR cabang itu meletakkan jawatan dan mengisytihar keluar parti serta-merta.

Tindakan tersebut didakwa dilakukan selepas kecewa dengan kepemimpinan parti di peringkat pusat dan cabang terutama apabila mereka mengatakan tidak dilibatkan dalam sebarang perbincangan untuk membuat keputusan.

Malah, mereka turut mendakwa kecewa dengan Mohd. Najwan kerana gagal mengamalkan prinsip konsultasi dan kebersamaaan dalam membuat keputusan.

Jelas Mohd. Najwan yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, PKR Cabang Shah Alam kekal kukuh dan tidak akan tunduk dengan tekanan daripada individu yang khianat terhadap parti.

“PKR Cabang Shah Alam tidak akan tunduk dengan rencana makar oleh pemimpin yang bersifat gunting dalam lipatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN