16 AJK Bersatu Subang letak jawatan, keluar parti

16 AJK Bersatu Subang letak jawatan, keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 16 daripada 24 Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Subang mengumumkan peletakan jawatan serta menamatkan keahlian parti berkuat kuasa hari ini.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Bersatu Bahagian Subang serta seluruh jawatankuasa di peringkat cawangan di bawah seliaan bahagian tersebut terbubar serta-merta.

Menurut surat bertarikh 21 Februari yang dihantar kepada Setiausaha Agung Bersatu, peletakan jawatan itu dibuat secara kolektif atas dasar tanggungjawab serta pertimbangan bersama.

Dalam surat berkenaan, mereka berkata, wujud perbezaan visi yang ketara sehingga mendorong keputusan untuk mengundurkan diri secara terhormat dan membubarkan struktur kepimpinan sedia ada.

“Kami berpendapat hala tuju dan keputusan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi tidak lagi selari dengan mandat serta aspirasi ahli di peringkat akar umbi.

“Maka atas dasar prinsip dan integriti, kami memilih untuk tidak lagi meneruskan khidmat di bawah kepimpinan sedia ada dan menamatkan keahlian secara total,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara kepimpinan Bahagian Subang yang meletakkan jawatan dan keluar parti ialah Timbalan Pengerusi Tetap, Azhari Yusof; Ketua Bahagian, Asyraf Halim; dan Timbalan Ketua Bahagian, Mohd Shahril Hashim.

Turut meletakkan jawatan ialah Naib Ketua Bahagian, Iskandar Al Quyyum; Ketua Armada, Mohamed Rizwan; Ketua Sayap Bersekutu, Wong Yong Kang; Setiausaha, Wan Ahmad Shukrie; Bendahari, Adleezan bin Pakhalan; serta Ketua Penerangan, Muhammad Afifurrahman.

Selain itu, enam lagi AJK turut mengumumkan peletakan jawatan iaitu Mohd Hafiz Md Azuz, Mohd Shafiq, Na’el Baredhwan, Muhamad Zalimi, Zuraime bin Sarpin dan Syafiq Mohd Zin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN