PETALING JAYA: Wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang meninggalkan parti atau beralih ke parti lain didakwa terikat dengan sumpah dan baiah untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan atau membayar RM10 juta kepada parti.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, berdasarkan kandungan sumpah dan baiah berkenaan, ahli-ahli Bersatu turut berikrar untuk mematuhi Perlembagaan, dasar serta arahan parti.
“Sumpah dan baiah itu turut menyatakan bahawa mana-mana ahli yang meninggalkan parti atau menyertai parti lain akan dilaknat Allah, Rasul dan orang beriman, selain segala perbelanjaan menggunakan elaun sebagai Ahli Dewan disifatkan sebagai haram.
“Dalam sumpah dan baiah itu, ahli berkenaan turut berikrar untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan atau membayar RM10 juta kepada Bersatu sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.
Tazkirah dan ingatan kepada mereka yang terbabit, kalau mereka ada yang membaca lafaz sumpah dan baiah ini.,” katanya dalam kenyataan.
Peringatan Tun Faisal ini dipercayai merujuk penguguman seorang pemimpin Bersatu yang memberi bayangan akan meninggalkan parti setelah 10 tahun sebagai anggota.-UTUSAN











