KUALA LUMPUR: UMNO merekodkan sebanyak 13,954 keahlian baharu secara dalam talian sejak pendaftaran dibuka pada 20 April lalu hingga pukul 8 pagi, hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah tersebut, Pemuda mencatatkan keahlian tertinggi iaitu seramai 8,233 orang, diikuti Puteri sebanyak 1,260 orang. “Negeri yang mencatatkan jumlah keahlian tertinggi ialah Johor, diikuti Pahang dan Perak. “Hampir setiap hari jumlah ini meningkat dari semasa ke…









