KUALA LUMPUR: UMNO memberi fokus lima perkara dalam tempoh dua dekad akan datang menjelang ulang tahun ke-100 parti itu. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lima fokus utama itu adalah memperkasa dakwah bagi memelihara akidah, menjadi tunjang kestabilan politik negara, melahirkan tenaga pakar dan intelektual, menyatukan pemikiran kepimpinan Melayu serta menyuburkan budaya ilmu. Beliau berkata, fokus terakhir adalah untuk melahirkan bangsa Melayu yang bijaksana, mampu mengurus negara,…










