PETALING JAYA: Hala tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat gagal menumpukan perhatian kepada isu-isu utama rakyat, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada pengurusan akaun Facebook parti. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beberapa isu penting seperti dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan dakwaan ‘jual negara’ tidak diperjuangkan secara bersungguh-sungguh oleh kepimpinan parti ketika ini. “Saya sedih melihat apa…










