Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat hadir ke mesyuarat Lembaga Disiplin

Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat hadir ke mesyuarat Lembaga Disiplin

Mohamad Shafiq Abdul Halim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim tiba bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin parti itu hari ini.

Beliau merupakan antara 14 pemimpin parti yang dipanggil susulan isu disiplin, termasuk dakwaan gerakan untuk menjatuhkan kepemimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat parti, di sini, Shafiq mengesahkan beliau dipanggil menghadiri mesyuarat disiplin pada pukul 11.30 pagi.

Menurutnya juga, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak hadir kerana berada di luar negara.

“Saya dijadualkan berjumpa lembaga disiplin pada pukul 11.30 pagi. Namun, Hamzah tidak dapat hadir. Mungkin akan dipanggil pada tarikh lain, tetapi saya tidak pasti,” katanya.

Sementara itu, himpunan membantah pemecatan Hamzah yang dijadualkan berlangsung pada pukul 11 pagi masih belum bermula setakat ini dan tiada kehadiran penyokong Hamzah dilihat di lokasi.

Antara pemimpin yang dipanggil bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin hari ini ialah dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Yunus Nurdin.

Selain itu, beberapa Ketua Bahagian terlibat antaranya Ahmad Ishak (Gopeng); Mohd. Yunus Mohd. Yusof (Tapah); Kamaruddin Majid (Teluk Intan) dan Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru) serta Dr. Mohd Yadzil Yaakub (Jasin).

Pemimpin bahagian lain yang akan dipanggil ialah Ahmad Nasir Mid (Selayang); Mohd. Hassuandi Hamzah (Larut) dan Abdul Aziz Ismail (Dungun) serta Ramlan Meon (Tangga Batu).Turut dipanggil Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah, Nabila Norsahar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN