Fitnah WhatsApp kutuk Pas berniat jahat - Faizal Azumu

Fitnah WhatsApp kutuk Pas berniat jahat – Faizal Azumu

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan dakwaan beliau mengutuk sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dipercayai Pas dalam kandungan tangkap layar perbualan kumpulan sembang WhatsApp adalah ‘berniat jahat’.

Beliau yang menafikan kandungan mesej tular itu berkata, tindakan fitnah tersebut dilihat cuba memecah belah hubungan Bersatu dengan parti komponen selain menguntungkan musuh politik yang lain.

“Saya nafi sekeras-kerasnya kandungan mesej yang tular. Perbuatan itu adalah berniat jahat untuk cuba memporak perandakan lagi Bersatu dan mahu hubungan Bersatu-PAS renggang dengan tujuan untuk melumpuhkan PN.

“Apabila ia berlaku, ia menguntungkan musuh-musuh politik Bersatu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, tular mesej disebarkan di media sosial itu dengan beliau didakwa mencadangkan partinya keluar daripada PN selain menyebut Pas boleh bersama UmDAP (label gabungan Umno dan DAP oleh lawan).

Ahmad Faizal atau lebih dikenali Peja didakwa mengeluarkan kenyataaan itu susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN dipercayai selepas didesak segelintir pemimpin PAS, penghujung tahun lalu.

Dalam tangkap layar itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz didakwa telah menulis: “Rasanya lebih baik jika PAS yang keluar (dari PN) DS Peja. Mereka pun nak ke MN (Muafakat Nasional (MN) dah.”

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin pula didakwa bersetuju dengan kenyataan Faizal dan meminta Muhyiddin mempertimbangkan semula keputusan meletak jawatan Pengerusi PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN