KUALA LUMPUR: UMNO bertekad memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antaranya melalui usaha tegas membanteras rasuah serta sebarang penyalahgunaan dan kecurangan kuasa dalam institusi pertahanan negara itu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah, sebaliknya memastikan mereka diheret ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya mengikut undang-undang. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, semua pihak perlu bersikap…










