UMNO perlu kekalkan semangat toleransi, dukung keharmonian negara – Ahmad Zahid

UMNO perlu kekalkan semangat toleransi, dukung keharmonian negara – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi pada Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Tertinggi UMNO, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu kekal sebagai parti yang menjunjung tinggi nilai toleransi dan kefahaman demi memastikan kestabilan politik serta keharmonian negara terus terpelihara.

Semangat berkenaan perl sentiasa dipertahankan melalui kesepakatan dalam Barisan Nasional dan akan terus diperkukuh selaras dengan peranan UMNO sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, komitmen itu penting bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara aman, khususnya dalam suasana ekonomi yang semakin menunjukkan perkembangan positif.

“Dengan peningkatan ekonomi yang baik serta pengukuhan nilai mata wang negara, sudah tentu ‘feel good factor’ dalam kalangan rakyat akan terus meningkat.

“Ini sekali gus mendorong rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk terus bersatu dan mendukung aspirasi kerajaan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” katanya.

“Ini akan menjadikan rakyat Malaysia dengan pelbagai latar belakang akan terus bersatu dan mendukung cita-cita kerajaan bagi wujudkan perpaduan yang terbaik,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Tertinggi UMNO, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, usaha memperkukuh perpaduan perlu didukung secara bersama tanpa mengira negeri atau latar belakang kaum.

Sementara itu, beliau turut merakamkan tahniah kepada negeri-negeri yang mencatatkan pencapaian baik dalam Indeks Perpaduan yang diumumkan semalam, dan berharap pencapaian tersebut dapat diperluaskan ke seluruh negara.

“Kita mahu bukan sahaja negeri-negeri tertentu mencapai indeks keharmonian yang baik, malah seluruh negara berada pada tahap perpaduan, keharmonian dan kefahaman antara kaum yang tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN