Tiada Ketua Bahagian ikut Muhyiddin selepas dipecat UMNO

Tiada Ketua Bahagian ikut Muhyiddin selepas dipecat UMNO

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada seorang pun Ketua Bahagian UMNO yang mengikuti jejak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dipecat sebagai Timbalan Presiden parti itu.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Marzuki Mohamad berkata, malah sokongan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu khususnya di Parlimen Pagoh kekal utuh biarpun disingkirkan daripada UMNO.

“Malah UMNO Bahagian Pagoh tidak dibubarkan. Muhyiddin kata siapa nak ikut dia ikutlah. Tak nak ikut tak mengapa.
“Akhirnya hanya beberapa orang pemimpin Umno Bahagian Pagoh yang mengikut jejak langkah Tan Sri Muhyiddin menubuhkan Bersatu Bahagian Pagoh,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Menurut Marzuki, UMNO Pagoh pada ketika itu juga masih kekal berfungsi seperti biasa apabila Timbalan Ketua Bahagian dilantik memangku jawatan Ketua Bahagian selepas pergolakan politik dengan pemecatan Muhyiddin daripada UMNO.

“Kompleks UMNO Bahagian Pagoh yang diusahakan Muhyiddin kekal menjadi milik UMNO Bahagian Pagoh sehingga hari ini, manakala Bersatu Bahagian Pagoh memulakan operasi dengan menyewa rumah kedai sebagai pejabat,” katanya.

Marzuki berkata, keadaan itu tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap Muhyiddin apabila beliau terus memenangi kerusi Parlimen Pagoh dalam dua pilihan raya umum selepas pemecatan tersebut.

“Ini menunjukkan pendekatan beliau berbeza. Lain orang, lain caranya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×