KUALA LUMPUR: UMNO akan memastikan tiada kerajaan dapat ditubuhkan tanpa penglibatan parti itu sebagai sebahagian daripada pentadbiran negara. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO tidak akan menjadi boneka politik kepada mana-mana pihak dan perlu disokong supaya dapat berdiri sebagai entiti politik Melayu yang mandiri dan berprinsip. Beliau berkata, UMNO hanya mampu kembali pulih dan muncul sebagai sebuah parti Melayu yang kuat sekiranya kepercayaan orang Melayu terhadap…










