KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kehadirannya ke perhimpunan itu adalah atas kapasiti sebagai pemerhati selepas mendapat keizinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, beliau terlebih dahulu meminta kebenaran daripada Ahmad Zahid dan menyatakan tidak akan datang sekiranya tidak mendapat keizinan. “Saya telah bertanya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada saya dibenarkan hadir hari ini. Saya maklumkan bahawa sekiranya beliau tidak mengizinkan,…










