KUALA LUMPUR: UMNO Terengganu mengakui berdepan kekalahan di negeri itu sekiranya pilihan raya diadakan esok atau masa terdekat susulan sentimen politik semasa yang dilihat tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN). Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Nurhisam Johari berkata, BN dan UMNO sukar menawan semula Terengganu tanpa strategi dan gerak kerja yang lebih tersusun. Katanya, UMNO negeri itu berdepan landskap politik yang mencabar apabila parti itu masih jauh daripada mampu untuk…










