KUALA TERENGGANU: Tiada perbincangan khas antara kepemimpinan Pas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kemelut dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN). Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pemimpin parti itu yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar sememangnya mempunyai tanggungjawab untuk berurusan dengan Perdana Menteri bagi hal ehwal pentadbiran negeri masing-masing, namun setakat ini tiada sebarang perbincangan khas seperti yang didakwa. Malah katanya, beliau tidak pernah dimaklumkan…










