PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan mencadangkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan berkenaan. Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, situasi politik semasa menuntut PN dipimpin oleh seorang pengerusi yang memiliki kewibawaan tinggi serta mampu mengemudi gabungan itu secara tersusun dan berkesan. “Dalam landskap…










