SPR wajib laksana pilihan raya kecil di Perlis

SPR wajib laksana pilihan raya kecil di Perlis

MUHAMMAD FATHI YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib laksana pilihan raya kecil (PRK) di Perlis selepas kekosongan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan oleh Yang Dipertua DUN.

Ia berikutan penamatan keahlian parti oleh Pas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail, Saad Seman (Chuping) dan Mohd. Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Pakar Perlembagaan, Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata, SPR tidak mempunyai pilihan dan perlu menghormati keputusan Yang Dipertua DUN Perlis, sama seperti situasi yang berlaku di Kelantan membabitkan DUN Nenggiri.

“SPR perlu menghormati pandangan speaker dan melaksanakan PRK supaya majoriti kerajaan negeri kembali stabil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun Yang Dipertua DUN menghantar notis kekosongan luar jangka, namun SPR perlu menentukan status tiga ADUN yang ditamatkan keahlian oleh Pas.

Muhammad Fathi berkata, pemecatan tiga ADUN itu dilakukan mengikut perlembagaan parti sama seperti kes bekas ADUN Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim.

“Sekiranya pihak terlibat tidak berpuas hati dengan pengisytiharan kerusi kosong, mereka boleh mencabar di mahkamah, namun sukar kerana ia berasaskan undang-undang yang kukuh,” katanya.

Menurutnya, sekiranya SPR gagal melaksanakan PRK, tindakan mahkamah juga boleh diambil tetapi tiada alasan kuat untuk mencabarnya.

Katanya, SPR wajar bertindak selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan kestabilan politik dan majoriti kembali pulih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN