PETALING JAYA: Segala masalah melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) mesti dibincangkan secara dalaman iaitu melalui Mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, MCA tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berkaitan kelemahan atau masalah yang dihadapi kerana perkara tersebut boleh diselesaikan melalui saluran dalaman. “Sebaik-baiknya kita rapatkan saf dan menggunakan saluran yang betul. Contohnya, seorang anak jika mempunyai masalah, boleh mengadu…










