KUALA SELANGOR: Pas Selangor kekal bersama Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang meskipun menyedari rakannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan krisis kepemimpinan dalaman. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri berkata, bagaimanapun, masalah dihadapi Bersatu itu tidak mengganggu fokus partinya untuk menyusun strategi menjelang PRU16 dalam tempoh satu atau dua tahun lagi. “Masalah yang dihadapi Bersatu tidak akan mengganggu kerja kami, insya…










