Dua mayat dipercayai meninggal dunia lebih seminggu ditemukan

Dua mayat dipercayai meninggal dunia lebih seminggu ditemukan

Dua mayat
POLIS mengeluarkan mayat lelaki dan wanita yang ditemukan dekat sebuah rumah dua tingkat di kawasan perumahan Seksyen U13, Setia Alam, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua mayat lelaki dan wanita ditemukan dalam bilik dekat sebuah rumah dua tingkat di kawasan perumahan Seksyen U13, Setia Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki merupakan abang kepada mayat wanita.

Katanya, ketika ahli keluarganya itu pergi ke rumah sewa milik adiknya itu dia menemukan kedua-dua mayat wanita dan lelaki berkenaan masing-masing berusia 39 dan 36 tahun..

“Siasatan awal polis bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati keadaan rumah tersebut bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.

“Kedua – dua mayat berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan mayat kedua duanya mula mereput (dipercayai meninggal dunia lebih seminggu). Keadaan di dalam rumah sewa simati teratur dan tiada unsur unsur kejadian jenayah berlaku,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Ramsay menambah, tiada sebarang kecederaan juga pada bahagian tubuh badan kedua- dua simati.

“Kedua-dua mayat simati dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tujuan bedah siasat. Setakat ini siasatan dibuka di bawah laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan diambil alih oleh Ketua Polis Balai Seksyen 6.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Ketua Polis Balai Seksyen 6, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN