SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan mana-mana portfolio ekoran desas-desus rombakan Kabinet dalam masa terdekat. Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya terbuka untuk ditukarkan ke portfolio lain kerana keputusan tersebut merupakan hak Perdana Menteri. Katanya, beliau optimis mengenai perkara itu, malah pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) lain sentiasa komited menjalankan tugas di mana-mana portfolio yang diletakkan. “Amanah sedia…










