SHAH ALAM: Pemimpin dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) yang memegang jawatan dalam kementerian dan kerajaan diingatkan supaya bersiap sedia meninggalkan pejabat jika tidak lagi memegang jawatan selepas berlaku rombakan Kabinet. Naib Presidennya, Adly Zahari berkata, kehilangan kedudukan dalam kerajaan oleh pimpinan Amanah boleh berlaku jika prestasi ahli parti dilihat tidak meningkatkan keyakinan rakyat. “Jadi, bersedialah letak kotak dalam pejabat. Dalam pejabat saya ada satu bilik stor yang penuh dengan…










