Bersatu perlu henti krisis dalaman, fokus PRN Sabah

Bersatu perlu henti krisis dalaman, fokus PRN Sabah

ABU BAKAR HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Semua perbalahan dan krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu segera dihentikan bagi memastikan parti kembali fokus memperkukuh kekuatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir.

Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata pertelagahan sesama sendiri hanya merugikan parti dan menjejaskan semangat akar umbi menghadapi pilihan raya.

“Sebarang pergolakan dalaman akan memberi kesan buruk kepada parti. Dari dalam, ia boleh mencetuskan perpecahan, manakala dari luar ia memberi senjata kepada musuh untuk menyerang.

“Cukup-cukuplah, isu perbalahan tidak sesuai dibangkitkan lagi kerana ia hanya merugikan parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menegaskan Bersatu perlu kembali kepada matlamat asal perjuangan serta menghormati barisan kepimpinan yang telah dipilih perwakilan.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, Bersatu didakwa mengalami pergolakan dalaman apabila dikatakan wujud dua kem membabitkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Dakwaan itu semakin ketara apabila Ahli Parlimen parti itu bagi Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan melakukan serangan terbuka ke atas Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali termasuk mengungkit itu video intim yang dikaitkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu.

Bagaimanapun dakwaan Wan Saiful itu mendapat reaksi balas daripada Azmin yang menyifatkannya sebagai fitnah yang tidak munasabah.

Abu Bakar menyeru agar serangan peribadi terhadap kredibiliti pemimpin dihentikan segera demi keharmonian parti.

“Kita faham kemarahan sukar dikawal, namun sebaiknya simpan perasaan itu demi menjaga maruah Bersatu,” katanya.

Menurutnya, Bersatu Perlis kekal utuh tanpa sebarang kem dan menyokong sepenuhnya kepemimpinan pusat serta negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN