GEORGE TOWN: Parti Gerakan Pulau Pinang mahu kembali tampil dengan identiti mereka sendiri apabila bercadang menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, pihaknya berharap pimpinan Parti Gerakan Pusat dapat memohon kebenaran supaya Gerakan Pulau Pinang bertanding menggunakan logo parti memandangkan Perikatan Nasional (PN) pernah membenarkan parti komponennya berbuat demikian. “Dengan adanya kebenaran itu, ia dapat memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang untuk…