Kes kuil Rawang: Kaji fakta kes sebelum keluarkan pandangan

Kes kuil Rawang: Kaji fakta kes sebelum keluarkan pandangan

Pendidikan calon
AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa Naib Presiden Gerakan, Oh Tong Keong supaya meneliti fakta sebenar terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pandangan berhubung isu pencerobohan kuil di Rawang, Selangor.

Katanya, tanah berkenaan mempunyai pemilik sah dan tindakan dibuat dengan persetujuan tuan tanah selepas dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), sejak beberapa tahun lalu.

“Pertama, tanah itu ada pemilik yang sah dan tindakan dilakukan atas kebenaran bahkan permintaan tuan tanah.

“Kedua, laporan kepada PBT telah dilakukan oleh tuan tanah dan surat telah dikeluarkan oleh PBT yang menegaskan tindakan perlu diuruskan oleh tuan tanah,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mempersoalkan sama ada Tong Keong mampu berdiam diri sekiranya situasi sama berlaku ke atas dirinya.

“Soalan saya, jika tanah anda sendiri dicerobohi binaan haram, bolehkah anda bersabar walaupun sehari?” katanya.

Semalam, media melaporkan Tong Keong menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap empat individu terlibat bagi mengelakkan perbuatan mengambil tindakan sendiri menjadi kebiasaan.

Menurutnya, insiden tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh disifatkan sebagai menghina agama serta menyinggung perasaan penganut.

Sebelum ini, polis dilaporkan menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden sama susulan laporan seorang lelaki tempatan berkaitan struktur yang didakwa dibina tanpa mematuhi peraturan di kawasan tersebut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN