Pemilihan UMNO selepas PRU dipersetujui perwakilan

Pemilihan UMNO selepas PRU dipersetujui perwakilan

ASYRAF Wajdi ketika sidang media selepas melawat ruang kerja pengamal media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. - ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan pemilihan UMNO yang perlu dilaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) telah dipersetujui semua perwakilan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat susulan pindaan perlembagaan yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Katanya, pindaan itu menetapkan pemilihan kepimpinan parti dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sama ada sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

“Kita baru sahaja berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan berkemungkinan PRN Melaka serta Johor diadakan pada tahun ini diikuti dengan PRU,” katanya ketika sidang akhbar sempena PAU 2025, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, sekiranya UMNO terlalu menumpukan kepada isu pemilihan dalaman parti, ia berpotensi menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan kesiapsiagaan parti.

“Ketika ini, UMNO memerlukan kekuatan dalaman yang benar-benar kukuh. Jadi, saya berpandangan keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAU tiga tahun lalu mempunyai kebijaksanaan tersendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata, Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) 1966 perlu dipinda kerana tidak lagi relevan berdasarkan keperluan semasa.

Katanya, draf awal pindaan akta itu berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Sesi libat urus bersama Mara akan diadakan selepas menerima tarikh daripada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memperhalusi pindaan akta tersebut sebelum ia dimukatamadkan.

“Ketika itu, fokus Mara adalah kepada pembangunan luar bandar kerana ia mengambil alih peranan RIDA.

“Namun hari ini, Mara mempunyai ekosistem yang jauh lebih besar termasuk 345 institusi pendidikan dengan 270 daripadanya memfokuskan kepada Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Menurutnya, Mara kini merupakan institusi terbesar dalam pendidikan TVET berbanding kementerian lain, justeru akta ini perlu diberikan nafas baharu termasuk aspek tadbir urus, tatakelola dan akauntabiliti yang lebih kukuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN