SHAH ALAM: Rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hanya akan selesai sehingga hari penamaan calon. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau mengakui berdepan cabaran untuk mengagihkan kerusi menerusi kerjasama itu mengikut kekuatan parti masing-masing. Menurutnya, bagaimanapun terdapat pertemuan bersama Barisan Nasional (BN), PH serta GRS yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Cabarannya…