PETALING JAYA: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai ahli parti dilihat seolah-olah tidak mengendahkan amaran UMNO. Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, langkah PKR itu bukan sahaja ibarat menguji kesetiaan dan kesetiakawanan antara kedua-dua parti malah mencerminkan ketegangan yang semakin memuncak dalam kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri…