TAMPIN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat bagi membincangkan harapan 160 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang mahu pelaksaan Titah Adendum. Ahmad Zahid berkata, hasrat akar umbi UMNO itu tanda manifestasi kegelisahan dan keprihatinan mereka terhadap Datuk Seri Najib Razak. “Saya sendiri akan menyampaikan hasrat ketua-ketua bahagian ini kepada Perdana Menteri dan mudah-mudahan beliau akan menggunakan budi…