Lawan politik fitnah dengan kejujuran - Ramanan

Lawan politik fitnah dengan kejujuran – Ramanan

R. RAMANAN ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Kepemimpinan PKR Selangor di Shah Alam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Politik fitnah di negara ini didakwa sudah sampai pada tahap membimbangkan.

Sehubungan itu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, keadaan itu harus dilawan dengan sikap keberanian dan kejujuran.

“Jangan bisik-bisik sana sini. Kalau ada keberanian, tampil ke depan. Jangan reka cerita untuk burukkan negara atau individu kerana terlalu terdesak mahu mengejar kuasa.

“Berani kerana benar. Saya tidak takut. Saya seorang yang suka berterus-terang, kita perlu bersatu melawan gejala fitnah yang semakin kronik dan berleluasa” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Kepemimpinan PKR Selangor di sini hari ini.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menambah, semua orang mempunyai hak untuk bersuara namun ia tidak sewajarnya di salah guna

“Sesiapa sahaja berhak bersuara. Itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi tetapi jangan salah gunakan proses tersebut untuk putar belitkan fakta untuk mencari tumpuan politik,” katanya

Ahli Parlimen Sungai Buloh tersebut dalam pada itu berkata, ahli PKR perlu terus memperkasakan parti demi kestabilan politik negara.

“Presiden parti sering mengingatkan kepada akar umbi untuk mara ke depan untuk menyusun jentera parti. Kita perlu membina satu pasukan PKR yang kuat dan mantap untuk mengharungi cabaran pilihan raya umum akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN