MELAKA: Tindakan menyertai Pas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis diyakini tidak bercanggah dengan perlembagaan negeri kerana keputusan keluar parti telah dibuat lebih awal dari tarikh Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan anti lompat parti diluluskan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, keputusan Muhammad Jailani adalah berlandaskan keikhlasan dan kesungguhan seorang wakil rakyat yang ingin memperjuangkan nasib…










