Kos baja, diesel melonjak di AS kerana perang Iran - Utusan Malaysia

Kos baja, diesel melonjak di AS kerana perang Iran

KOS baja melonjak sehingga menyebabkan peladang tertekan dalam musim penanaman di AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kos baja melonjak di Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Asia Barat yang dilancarkan Presiden Donald Trump sejak 28 Februari lalu.

Seorang peladang, Andy Corriher, 47,  di Carolina Utara itu merupakan antara petani Amerika Syarikat yang berdepan tekanan berganda akibat kenaikan mendadak harga baja dan diesel ketika musim penanaman musim bunga bermula.

Ia berlaku  selepas serangan AS-Israel ke atas Iran mencetuskan tindakan Teheran menyekat Selat Hormuz, laluan perairan penting bagi penghantaran bekalan tersebut.

“Pada waktu inilah majoriti baja digunakan di negara ini,” kata Corriher kepada AFP.

“Kami terjejas pada masa yang paling buruk, kerana kami sedang cuba membeli baja ketika harganya melambung tinggi dan pada masa yang sama bekalan juga terputus.”

Kenaikan kos itu menjejaskan pangkalan sokongan utama Trump, yang memperoleh 78 peratus undi pada pilihan raya 2024 di daerah yang bergantung kepada sektor pertanian, menurut perkhidmatan berita Investigate Midwest.

Trump pada Sabtu menyalahkan pengambilan untung melampau oleh monopoli baja dan berjanji: “Petani Amerika, kami sentiasa bersama anda!”

Sejak perang tercetus, Corriher menganggarkan harga baja nitrogen yang digunakannya meningkat sekurang-kurangnya 40 peratus.

Kos urea , baja berasaskan nitrogen yang biasa digunakan  juga meningkat sekitar 50 peratus di pelabuhan New Orleans.

Corriher mengurangkan penggunaannya sebanyak satu pertiga, satu keputusan yang dibimbangi akan menjejaskan hasil tanamannya.

Russell Hedrick, yang mengusahakan sehingga 404 hektar  tanaman termasuk jagung dan kacang soya di sekitar Hickory, Carolina Utara berkata, kira-kira 75 peratus pembelian bajanya dibuat selepas harga melonjak.

Seperti dirinya, ramai petani AS tidak mempunyai kemudahan penyimpanan untuk menyimpan stok jauh lebih awal sebelum musim penanaman, kata lelaki berusia 40 tahun itu kepada AFP, selepas mencampurkan baja dan nutrien untuk disembur di ladangnya.

Beliau mengurangkan penggunaan baja ke tahap minimum mutlak, dengan pilihan untuk menambah lagi kemudian. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN