UMNO tergelincir daripada perjuangan asal - Mohamad Ali

UMNO tergelincir daripada perjuangan asal – Mohamad Ali

MOHAMAD ALI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Perkara ini tidak lagi relevan dan UMNO tergelincir daripada perjuangan asal”.

Itu kenyataan dibuat bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di sebalik spekulasi kemasukannya ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mendakwa perjuangan UMNO tidak lagi seperti dahulu, Mohamad Ali berkata, beliau akan menyatakan pendirian berhubung hala tuju politiknya tidak lama lagi.

“Malahan dalam UMNO pada hari ini hanya segelintir sahaja yang ikhlas berjuang dalam UMNO bagi memperjuangkan Melayu Dan Islam, itupun sudah diberi teguran dan sebagainya kerana hendak menjaga hati DAP.

“Perkara ini tidak lagi relevan dan UMNO tergelincir daripada perjuangan asal. Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan menyatakan pendirian saya,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Mohamad Ali didakwa sudah menyertai Bersatu.

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengesahkan perkara itu yang mana Mohamad Ali mendaftar menjadi ahli pada 12 April lalu.

Abdul Rahim berkata, kekuatan Bersatu di Tangga Batu lebih kukuh dengan kemasukan Mohamad Ali kerana dapat membantu memperkukuhkan jentera parti dan meramaikan keahlian di Melaka.

Jelasnya lagi, lebih ramai ahli dan pemimpin UMNO di negeri ini dijangka mengikut jejak langkah bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara itu berikutan kecewa dengan prestasi UMNO sejak menyertai Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN