Kegembiraan peniaga Uptown Pahlawan Walk, tanda kerajaan

Kegembiraan peniaga Uptown Pahlawan Walk, tanda kerajaan negeri tidak zalim

RAIS Yasin menerima cenderahati daripada Mahaguru Indra Ibrahim Syah selepas merasmikan Gelanggang Persilatan Singa Bertujuh di Kampung Baru, Jalan Sungai Air Hitam, Tanjung Minyak, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kegembiraan kira-kira 120 peniaga Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir di sini berpindah ke lokasi baharu sejak minggu lalu membuktikan keputusan dibuat kerajaan negeri bukan untuk menzalimi mereka.

Sejak berpindah bermula dari hadapan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hingga ke premis makanan segera McDonald’s Dataran Pahlawan, ribuan pengunjung dilihat mengunjungi Uptown Pahlawan Walk.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia adalah keindahan yang dikecapi peniaga jika mereka ingin berubah.

Menurutnya, lokasi baharu itu merupakan laluan utama pelancong yang melalui hadapan Menara Taming Sari dan sudah pasti Uptown Pahlawan Walk menjadi tumpuan berbanding di lokasi lama di Plaza Mahkota.

“Rakyat Melaka berilah kepercayaan kepada kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh kerana segala program dibawa adalah untuk kebaikan rakyat Melaka sendiri.

“Sebelum ini kita hadapi masalah untuk memindahkan mereka, walaupun saya berkali-kali bantu selesai masalah tetapi hari ini kita lihat ramai pengunjung makin bertambah berkunjung ke uptown ini.

“Saya ingin memohon kepada semua pihak beri masa, beri peluang kepada
kami sesungguhnya di bawah Ketua Menteri menegaskan, kita tidak ingin menzalimi mana-mana peniaga dan pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Persilatan Singa Bertujuh di Kampung Baru, Jalan Sungai Air Hitam di sini, semalam.

Pada Julai 2023, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap seorang wanita dalam satu klip video tular yang mendakwa para peniaga sekitar Banda Hilir terutama di Uptown Pahlawan Walk dipaksa berpindah.

Ab. Rauf berkata, kerajaan negeri tidak zalim seperti apa yang dikatakan wanita tersebut.

Tambah Rais, sebelum ini usaha kerajaan negeri cuba memindahkan peniaga di Jonker Walk turut berdepan kesukaran, tetapi sekarang jika laluan itu dibuka untuk laluan kenderaan ia pasti mendapat bantahan peniaga di situ.

“Ab. Rauf setiap minggu berkunjung ke situ semata-mata ingin melihat kekurangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.

“Rakyat perlu yakin dengan program Zon Bebas Kenderaan dan ia akan diteruskan, selain penutupan daripada 54 jam kepada 21 jam bagi memberi kelonggaran sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya