PUCHONG: Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang pengisytiharan dan pengesahan pelantikan ke jawatan itu perlu dibuat mengikut saluran yang sah bagi mengelakkan berlakunya ketidakamanan. Beliau mengakui perkembangan terkini melibatkan institusi raja di Negeri Sembilan menyebabkan kebimbangan memandangkan institusi berkenaan mempunyai peraturan, kaedah dan tatacara tersendiri yang perlu dihormati. “Kalau digugat sebegini rupa, ia (menyampaikan)…










