'Tak apa, kita punya majoriti agak baik' - Ab. Rauf

‘Tak apa, kita punya majoriti agak baik’ – Ab. Rauf

AB. RAUF Yusoh dalam sidang akhbar selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri tidak terkesan dengan khabar angin yang mendakwa terdapat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pas.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, tindakan sedemikian dilihat tidak memberi sebarang impak memandangkan majoriti yang dimiliki di Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah kukuh.

Jelasnya, buat masa ini Badan Perhubungan UMNO Melaka dan BN Melaka tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan perkara itu.

“Saya tak tahu lagi, kita dalam proses nak bina negeri.

“Tak apa, kita mempunyai majoriti yang agak baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Pas bakal mempunyai wakil tunggalnya di DUN Melaka dalam persidangan dijadualkan berlangsung Julai ini, seandainya benar khabar angin yang mendakwa terdapat seorang ADUN BN akan menyertai parti itu.

Ia dikuatkan lagi dengan kehadiran pemimpin berkenaan ke Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) Melaka yang berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bemban di sini, malam tadi.

Pengerusi PN negeri yang juga Ketua Pembangkang DUN, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub ketika ditemui tidak menafikan atau mengeyakan spekulasi itu, namun menyatakan pihaknya terbuka menerima mana-mana wakil rakyat kerajaan yang ingin bersama menguatkan barisan pembangkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN