MELAKA: Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah menarik diri di saat akhir daripada mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada pemilihan parti kali ini. Mengumumkan perkara tersebut, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, keputusan itu sekali gus memberi laluan kepada muka baharu, Shahrin Muharam menang jawatan berkenaan tanpa bertanding. “Saya ingin sampaikan penghargaan tinggi kepada saudara…