59 DUN ditandingi BN Perak berstatus quo - Utusan Malaysia

59 DUN ditandingi BN Perak berstatus quo

SAARANI Mohamad (kiri) mendengar aduan rakyat pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kedudukan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berstatus quo buat masa ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan siapa calon dan parti komponen mana yang akan bertanding setiap kerusi DUN di negeri ini pada PRU15 akan ditentukan oleh pucuk pimpinan BN Pusat.

“Setakat ini kita status quo kecuali jika ada perbincangan dan keputusan yang diputuskan oleh BN Pusat,” katanya kepada pemberita pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Saarani mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran baru-baru ini agar BN memperuntukkan sekurang-kurangnya satu kerusi DUN dengan peratus kemenangan tinggi untuk parti itu pada PRU15.

Menurut Vigneswaran, ini bertujuan membolehkan wakil masyarakat India dilantik sebagai Exco kerajaan negeri, seterusnya membantu masalah kaum berkenaan.

Mengulas lanjut Saarani berkata, mana-mana parti komponen BN yang bertanding di DUN Perak pada PRU15 perlu memastikan kemenangan kepada BN.

“Mana-mana parti sama ada UMNO, MCA atau MIC yang bertanding sudah tentu kita tanding untuk menang, sudah menang nanti baru boleh tubuh kerajaan dan lantik Exco, yang penting bagi menang,” katanya.

Pada PRU14, MIC meletakkan tiga calon dari parti itu mewakili BN di DUN Jelapang, Sungkai dan Buntong namun kesemua calon kalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN