Magma selesai tolak selesai RPS RM47.71 juta

Magma selesai tolak selesai RPS RM47.71 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Magma Group Berhad (Magma) menyempurnakan cadangan tolak selesai Saham Keutamaan Boleh Tebus Tidak Boleh Tukar (RPS) bernilai RM47.71 juta susulan penyenaraian dan sebut harga 166.418 juta saham biasa baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Kumpulan hospitaliti, hartanah dan gaya hidup yang tersenarai di Pasaran Utama itu memaklumkan, pelaksanaan tersebut dibuat selepas mendapat kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada 30 Jun lalu.

“Cadangan berkenaan melibatkan tolak selesai harga penebusan bagi 47.71 juta RPS tertunggak bernilai RM47.71 juta.

“Tolak selesai RPS itu dilaksanakan sepenuhnya melalui penerbitan saham biasa baharu Magma kepada Skyload Express Sdn. Bhd. (Skyload), selaku pemegang RPS, pada harga terbitan 29 sen sesaham.

“Susulan pelaksanaan itu, modal saham terbitan Magma meningkat kepada RM360.7 juta yang merangkumi 1.93 bilion saham biasa,” katanya dalam kenyataan. 

Magma berkata, penyelesaian secara bukan tunai itu membolehkan kumpulan melunaskan obligasi RPS tertunggak tanpa menjejaskan kedudukan tunainya, sekali gus menyediakan lebih banyak ruang kewangan untuk memenuhi keperluan operasi serta menyokong pelaksanaan inisiatif pertumbuhan strategik.

“Selain itu, pelaksanaan berkenaan turut menghapuskan obligasi pembayaran dividen masa hadapan berkaitan RPS yang menawarkan kadar dividen tetap empat peratus setahun sehingga ditebus sepenuhnya, sekali gus meningkatkan fleksibiliti kewangan kumpulan,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Thomas Liang Chee Fong berkata, penyempurnaan tolak selesai RPS itu merupakan langkah penting dalam memperkukuh struktur modal Magma.

“Penyempurnaan ini membolehkan Magma menyelesaikan obligasi sedia ada menerusi mekanisme bukan tunai yang berhemat, di samping mengekalkan fleksibiliti kewangan untuk menyokong fasa pertumbuhan seterusnya.

“Ia amat penting ketika kami terus memacu inisiatif strategik utama, termasuk pembangunan Wolo Hotel & Residences serta Wolo Mont Kiara KL. 

“Pelaksanaan ini mencerminkan pendekatan berdisiplin kami terhadap pengagihan modal dan komitmen untuk menjana nilai jangka panjang yang mampan kepada pemegang saham,” katanya.

Penyempurnaan tolak selesai RPS itu menjadi satu lagi langkah strategik bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan, sejajar tumpuan berterusan terhadap pengembangan perniagaan hospitaliti dan pembangunan hartanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN